Sunday, September 19, 2010

CARA SAYA;HOW TO WASH

Terpulang kepada anda, tetapi dgn cara cucian sprt ini, automatik mental set anda tentang CD~menyusahkan bertukar menjadi ..."saya tak rase menyusahkan diri pun.." Apabila anda rase enjoy dgn ape yg anda lakukan dlm membesarkan anak-anak, pasti akan menjadi ingatan dan kenangan manis antara anak dgn ibu.. So, kene enjoy untuk buat seperti langkah di bawah..

















1.Cucuhkan air paip ke arah lampin yg kotor utk menyingkirkan najis cecair yg menyerap pada
'insert'(kain lampin yg menyerap) dan permukaan lampin.Sekiranya ada najis yg boleh dimasukkan kedalam mangkuk tandas, buatlah demikian terlebih dahulu sambil mencucuh air ke atas lampin.

Disamping cara pembuangan sisa najis yg betul dan mmbantu alam sekitar dari tercemar tong sampah kita pun tidak lah dipenuhi lampin pakai buang yang bertan-tan la gamaknye..


















2. selepas hilang bau dan kotoran, kumpulkan dalam satu baldi (selelok-eloknya baldi bertutup,nmpk kemas skit) untuk cucian ke mesin basuh. jangan lupa letakkan SEDIKIT sabun pencuci serbuk yang biasa digunakan sebagai bahan rendaman. Tidak digalakkan menggunakan pelembut kain, kerana boleh mengurangkan daya serapan kain lampin itu sendiri.
















3. Dalam 3 hari penggunaan sudah mencecah 8-10 lampin, sedia untuk di cuci ke dalam mesin basuh. Sebelum masuk ke mesin, perah dahulu dari air rendaman supaya air rendaman dibaldi tidak bercampur dgn cucian dalam mesin.
















4. Masukkan lampin yg sudah diperah tadi ke dalam besin mesin basuh. Letak sabun serbuk dan biarkan mesin yang buat kerja mengikut setting mesin basuh masing2 ye..

5.Selepas cucian selesai, sidailah di tempat panas untuk pengeringan yg cepat.
Sidai di dalam rumah juga tiada masalah, pastikan kipas dihidupkan. ia mudah kering sbb telah melalui proses 'spin'.. :).

* Sekiranya anda terlebih rajin, tiada masalah utk anda cuci terus selepas lampin digunakan(mksudnye, tak yah kumpul banyak then basuh). Tapi pastikan cucian sehelai demi sehelai tersebut melalui proses 'spin' mesin basuh utk cepat kering.





























Friday, September 17, 2010

Bagaimana cara utk mencuci CD?

Bagaimana untuk mencuci cloth diapers
Jika anda menggunakan cloth diapers lambat laun anda perlu mencucinya. Jangan risau, anda BOLEH mempunyai diapers yang bersih dan segar dengan usaha yang sedikit. Mencuci cloth diapers perlukan jagaan yang lebih sedikit berbanding mencuci baju, tetapi anda akan dapati ia mudah bila anda dah biasa dengan rutinnya menggunakan sabun yang berkesan. Untuk mendapatkan rutin yang sesuai, mulakan dengan beberapa langkah asas kemudian boleh cuba variasi yang lain untuk sesuaikan dengan keadaan, jadi pastikan pilih cucian yang terbaik untuk anda. Saya juga sertakan beberapa tips untuk diikuti sebagai tambahan agar cucian cloth diapers anda menjadi lebih mudah!

Adakah anda tahu cara yang betul cuci cloth diapers?
Jika anda tanya bagaimana untuk cuci cloth diapers pada 10 keluarga, anda mungkin akan mendapat Sembilan jawapan yang berbeza. Apa yang sesuai untuk satu keluarga mungkin tidak sesuai untuk keluarga yang lain, jadi bagaimana untuk anda tahu rutin cucian mana yang paling sesuai untuk anda? Sebenarnya, cara yang “betul” untuk mencuci cloth diapers adalah bergantung kepada apa jenis diapers yang anda ada, apa jenis air yang anda ada (panas/sejuk), apa jenis sabun cucian yang anda ada, apa jenis washing machine yang anda ada (front loading/top loading) dan sebagainya.

Bagaimana Mencuci Cloth Diapers – Diapers yang Baru
Saya tahu anda pastinya tak sabar nak cuba cloth diapers pada anak anda. Tapi sebelum tu, luangkan sedikit masa untuk baca tips berikut:
• Cuba diaper baru sebelum memulakan cucian. Alas dengan kain atau wipes yang kering sebagai penghalang agar diaper bersih. Ini untuk pastikan yang diaper tersebuat muat/padan untuk anak anda.
• Jika ada sebarang tanda pada cloth diapers, hanya tanggalkan dengan air sejuk yang bersih.
• Keluarkan inserts dari pocket diapers.
• Cuci cloth diaper beberapa kali untuk menanggalkan bahan kimia tersisa dan untuk meningkatkan daya serapan cloth diaper.

Bagaimana Mencuci Cloth Diapers – Cucian Asas
Ini adalah cucian yang asas. Ikuti langkah-langkah ini dan anda akan dapati ia permulaan yang bagus.
1. Buang sebanyak mungkin najis yang kelihatan ke dalam mangkuk tandas jika anak anda tidak breasfeed sepenuhnya. Sesetengah orang menggunakan liner di dalam cloth diaper untuk memudahkan bahagian ini.
2. Pastikan cuci(prewash) dan bilas(prerinsing) dengan tangan cloth diapers sebelum masukkan ke dalam baldi.
3. Masukkan diapers yang telah dicusi ke dalam baldi.
4. Cuci cloth diapers setiap 2-3 hari untuk elakkan bau dan kotoran degil.
5. Masukkan ke dalam washing machine. Pilih water level yang maksimum.
6. Gunakan hanya ¼ daripada amaun yang disyorkan oleh pengeluar sabun. Sebaiknya gunakan sabun cuci biasa yang tidak mempunyai bahan peluntur dan bahan kimia terlampau.
7. Lakukan bilasan tambahan (extra rinse)
8. Sebelum jemur, periksa cloth diaper jika kelihatan kotoran degil yang masih belum tanggal.
9. Jemur di bawah cahaya matahari adalah yang terbaik.

Bagaimana Mencuci Cloth Diapers – Kepelbagaian Cucian
Cubalah salah satu cara berikut sebagai variasi kepada cucian diapers anda. Jika yang pertama kurang, cuba cara yang lain pula.
• Campurkan sedikit baking soda ke dalam rinse pertama washing machine anda untuk menghilangkan bau dan membantu menanggalkan kotoran.
• Guna 1/2 sehingga 1 cawan cuka pada bilasan terakhir untuk melembutkan diapers dan menghilangkan bau..
• Cuba campurkan 1/2 cawan jus lemon ke dalam kitaran cucian washing machine untuk membantu menanggalkan kotoran.
• Beberapa titik Tea Tree Oil boleh digunakan pada bilasan terakhir untuk membantu menghilangkan bau.

Tips Semasa Mencuci Cloth Diapers
• Jika washing machine anda mempunyai presoak cycle, cuba gunakan. Ia membantu untuk menanggalkan kotoran sebelum cucian sebenar.
• Jika kotoran dari najis tak nak tanggal, jangan risau. Cuma perlu masukkan sedikit Baking Soda ke dalam cucian dan pastikan jemur di bawah sinar matahari.
• Matahari adalah penanggal kotoran yang terbaik.
• Jauhkan baldi yang berisi cloth diaper dari kanak-kanak.
• Elakkan sabun cuci yang mempunyai haruman terlampau yang boleh menyebabkan kegatalan pada kulit bayi yang sensitif.
• Elakkan fabric softener kerana boleh mengurangkan daya serapan.
• Elakkan mencuci terlalu banyak cloth diaper dalam satu-satu masa. Memadai dengan 2 dozen (24 keping) cloth diaper, jika anda inginkan cucian yang bersih.

Transformasi dari DD ke CD

Transformasi dari Disposal Diaper ke Cloth Diaper




















Jika selama ini anda menggunakan DD (disposable diapers/ lampin pakai buang) utk si kecil anda dan kini anda mahu beralih kepada CD (cloth diapers), ini saranan saya:

1. Jika anda seorg suri rumah (SAHM/ WAHM)...

Ini mgkin bkn satu masalah kepada anda utk mencuba cloth diaper bila2 masa pun, sama ada siang mahupun mlm. Namun begitu, saya cadangkan anda cuba CD pada waktu siang dahulu. Sbg contoh, lps anak anda mandi pagi..

Sbg permulaan, anda blh cuba CD utk penggunaan siang hari sahaja dan mlm still pakai lampin pakai buang. Utk penggunaan siang hari, 1 CD biasanya blh dipakai 3-4 jam (dgn penggunaan 1 insert). Jadi, dalam sehari anda memerlukan 3-4 helai CD dgn 6-8 insert.

Jika anda belum ada byk CD, anda blh basuh pada mlm hari utk dipakai pada keesokan harinya (mcm nilah yg sy buat masa mula2 berCD dulu... huhu). Rutin ini mgkin berlangsung sehingga anda mempunyai sekurang2nya 12 helai CD barulah agak selesa utk basuh 2-3 hari sekali.

Justeru, jika anda sudah cekap dgn pemakaian dan pengendalian CD utk anak anda pd siang hari, anda boleh la mula menggunakan CD utk tidur malam dgn penggunaan 2 insert. Dari pengalaman saya, penggunaan 2 insert utk anak saya blh tahan 8-10 jam. Sempat la sampai mandi pagi esok.

Jadi, tidak sukar utk beralih kepada CD bukan?!!


2. Jika anda seorg wanita bekerjaya (FTWM)...

Anda boleh cuba menggunakan CD utk anak anda pada hari minggu (jika anda tidak ke mana-mana). Anda blh gunakan CD utk siang hari.

Sebenarnya pada hari bekerja pun anda blh je nak cuba CD utk anak anda. Anda blh pakaikan anak anda CD pd waktu malam sblm tidur. Cthnya dari jam 8-11 mlm.

Ataupun, anda blh je terus guna CD utk anak anda tidur mlm (blh pakai dr jam 11 mlm - 6 pagi sbg contoh)...

Slps itu, bila anda dah cekap dgn cara pakai dan pengurusan CD, anda blh la menggunakan CD utk anak anda pd siang hari di rmh pengasuh/ nursery. Sbg langkah permulaan, anda perlu memberitahu pengasuh/ pihak nursery dan memberi tunjuk ajar kepada mereka ttg cara pemakaian dan pengendalian CD.

Jika menggunakan CD di rumah pengasuh, anda perlu bekalkan CD yg mencukupi utk penggunaan siang hari dan jgn lupa sertakan bersama wetbag kepada mereka utk meletakkan CD2 kotor.

Kesimpulannya, anda boleh melakukan transformasi kepada CD secara perlahan2 (50%CD, 50% DD) ataupun secara total (100% convert to CD). Jika mahu beralih kepada CD secara total pastikan anda mempunyai bilangan CD yg mencukupi. Itu yg penting!!

p/s: Alang2 beralih kepada CD, biar sampai fully CD!! Sungguh berbaloi2.....

NOTA: Utk ibu2 yg bakal menimang cahaya mata, anda blh terus 'decide' utk menggunakan lampin ataupun jenis2 cloth diapers yg sesuai utk newborn.. Terpulanglah kepada anda!!

KENAPA CLOTH DIAPER?

Kepada ibu-ibu yg baru tahu kewujudan cloth diaper - lampin kain moden ni, atau belum pernah tengok mcmana rupa cloth diaper ni... dan tak dapat gambarkan mcmana rupa CD ni, apa yg boleh saya katakan;

Cloth diaper/ lampin kain moden ni sama jer mcm 'pampers', cuma daripada kain (dgn material yg sgt bagus), boleh dibasuh dan dipakai semula berulang kali... Itu saja.... Tapi kebaikannya sgt banyak berbanding 'pampers'/ lampin pakai buang............

"THE BEST OF PARENTING IS NATURAL PARENTING AND CLOTH DIAPERING IS ONE OF THE NATURAL PARENTING......."

SO, LET'S CHANGE TO CLOTH AND HAPPY CLOTH DIAPERING, MOMMIES!!!!

Monday, September 6, 2010

CARA PENGGUNAAN KALI PERTAMA

Cloth Diapers Wash and Care Instructions

Using Cloth Diaper for the First Time:
  • Pre-wash all new Cloth Diapers (Cloth diaper and inserts) before using it for the first time. This removes any residues that might be left in the fabric during production processes.
  • To get better absorption of the inserts, wash the inserts for 3 times before the first use.
  • Cloth diapers are washing-machine-friendly.
  • Using laundry bag in washing machine can lengthen the lifetime of Cloth Diapers.
    Dry Cloth Diapers directly/indirectly under the sun, or by using machine cloth dryer.

Remember:

  • Do not use bleach (eg. Clorox) or fabric softener (eg. Softlan). It can cause irritation to baby's skin and might also affect the fibers in the Cloth Diapers, and eventually shorten its lifetime.
  • Wash with cold/warm water. High temperature in hot water will damage the Cloth Diaper’s quality.
  • Do not iron or dry-clean as Cloth Diapers might loose its’ elasticity.
  • Do not brush the cloth diapers as it might damage the surface of the Cloth Diapers.

Cara Pencucian dan Penjagaan Cloth Diaper

Penggunaan Kali Pertama:
  • Sebelum menggunakan Cloth Diaper untuk kali yang pertama, pastikan Cloth Diaper (sarung dan insert) telah dicuci terlebih dahulu. Ini adalah bagi mengeluarkan sisa-sisa yang mungkin terdapat dalam fabric semasa proses pengilangan.
  • Untuk mendapat kesan penyerapan fabric (insert) yang lebih berkesan, cuci insert sebanyak 3 kali sebelum menggunakannya untuk kali pertama. Penggunaan yang seterusnya hanya memerlukan sekali cucian.
  • Cloth diaper boleh dicuci tangan atau dengan mesin basuh. Jika menggunakan mesin basuh, penggunaan sarung cucian (laundry bag) dapat memanjangkan jangka hayat penggunaan Cloth Diaper.
  • Keringkan Cloth Diaper di bawah matahari atau menggunakan mesin pengering kain (dryer).

Perhatian dan Peringatan:

  • Elakkan cecair peluntur/pemutih (Clorox) dan cecair pelembut kain (Softlan) - Penggunaan bahan-bahan cucian seperti ini mungkin menyebabkan rasa gatal-gatal pada kulit bayi. Jangka hayat penggunaan Cloth Diaper mungkin juga turut terjejas.
  • Elakkan seterika - Cloth diaper tidak perlu diseterika. Bahan elastik pada Cloth Diaper akan lebur atau menjadi tidak kenyal apabila terdedah kepada haba tinggi.
  • Cuci dengan air sejuk - Cucian kering atau cucian air panas akan menjejaskan kualiti Cloth Diaper.
  • Elakkan berus dan penggosok – hujung berus atau penggosok yang keras dan tajam akan menjejaskan permukaan dan kualiti Cloth Diaper.